Perasaan Wanita
by Krisna SBA
Tidak dapat dipungkiri bahwa hidup wanita dipengaruhi dan dikuasai oleh perasaannya. Ini karena wanita kaya dengan perasaannya. 90% daripada wanita adalah perasaannya. Hanya 10% adalah pertimbangan akal/logika nya. Justru itu, untuk menghadapi dan memimpin mereka agar tunduk kepada Allah swt, maka kaum lelaki harus lebih pintar mengendalikan /menguasai perasaan wanita.
Jenis-jenis perasaan yang ada pada wanita amatlah banyak, diantaranya perasaan marah, dendam, rasa malu, jemu, kecewa dan banyak lagi. Perasaan-perasaan ini boleh digunakan untuk kepentingan agama, dunia dan akhirat. Bahasa sama dalam lisan atau tulisan adalah alat bagi membangkitkan rasa bagi setiap perasaan di dalam dada wanita. Dalam memimpin kaum wanita, kaum lelaki hendaklah pintar menggunakan daya fikir untuk mengolah bahasa dengan lidah yang tepat supaya cocok dengan perasaan yang dikehendaki dalam hati perempuan.
Sekiranya lelaki inginkan perasaan kasih dan sayang berbunga dalam dada mereka, maka bawalah cerita-cerita kasih mesra dengan kata-kata hikmah ,motivasi,dorongan ,penyemangat mengenai kasih sayang. Sekiranya lelaki menghendaki perasaan rindu bersemayam di hati mereka, maka bawalah kisah-kisah rindu dengan kata-kata yang berunsur kerinduan. Jikalau hendak membangkitkan rasa marah mereka, itu amatlah mudah kerana semua orang tahu caranya. Dalam membimbing dan memimpin wanita, lelaki hendaklah merancang untuk mengubah dan mewujudkan setiap rasa yang dikehendaki dalam dada wanita yang bergelar anak, isteri dan ibu.
Untuk itu seharusnya, kaum lelaki lebig kreatif dan mempunyai daya kekuatan pemikiran yang tinggi supaya dapat merancang apa yang diingini pada diri setiap wanita sebelum memiliki mereka. Di sinilah antara kejayaan para Rasul, Nabi dan wali Allah swt dalam memimpin umat manusia. Mereka dapat menguluskan hati manusia kerana berhasil membuat perasaan mereka hingga menjadi umat yang patuh dan taat kepada Allah swt. Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran, perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala- galanya.
Apalagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s. tetap merindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mungkin mampu hendak meluruskan mereka. Tidak ada kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah, kerana mereka diciptakan begitu rupa dari bagian tubuh lelaki. Bimbinglah mereka dengan panduan dariNya.
Categories:
perasaan wanita
0 komentar:
Posting Komentar